Monday, August 13, 2012

Pencarian Lailatul Qadar.

Assalammualaikum , fuhhh. Pejam celik pejam celik dah malam ke 24 Ramadan dahh. Kejap je rasenya. Mungkin kelas full pastu memang tak rase la puase tu. Puasa tahun ni pun still tak dapat nak puasa sama dengan famili. Jauh la katekan. Hehe. Bulan Ramadan ni banyak sangat sangat fadilatnya. Kalau kita tak kejar memang rugi sangat. Ramadan ni sekali setahun , so kita ni kena la manfaatkan sebaiknya. Kejar lah Lailatul Qadar tu. Ganjarannya sangat la banyak.

Seperti yang lagu yang di nyanyikan oleh Raihan :

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa

Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam
Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu

Kalau lah kita hayati betol betol cerita cerita mengenai Lailatul Qadar , air mata kita dengan secara tiba tiba boleh berjujuran kerana rasa takut , rasa gementar, rasa betapa besarnya nikmat Allah. Sedikit demi sedikit kita tawaduk dan istiqamah kepada Allah. Cuba lah bayangkan kalau kita antara insan yang dapat nikmat Allah yang satu tu. Syukur ya Allah. Hanya Dia jugalah yang tahu perasaan kita.

Nabi Muhammad juga pernah bersabda tentang 10 malam terakhir :



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (riwayat Ibnu Majah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim).

Allah pun telah berfirman :

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Jadi jelas lah dekat sini bahwa malam Lailatul Qadar ni adalah satu rahmat dan anugerah Allah pada hamba hambanya yang di sayangi. Marilah sama sama kita mencari malam yang penuh barakah ini.